Friday, April 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010.....

Sedar tak sedar kini tahun 2009 telah berlalu dan kini 2010 telah menjelma. Malah aku sendiri hampir leka untuk up-date blog ini hinggalah petang ini tadi baru aku teringat.....alamak.

Tanpa ku sedari juga anak ku kian membesar. Kalau dulu dia sering ku peluk dan gomol sepuasnya tapi kini rentetan dari peringkat pembesarannya dia sudah mula mengelak untuk dipeluk seperti dulu. Kalau nak diikutkan hati mau rasanya menangis bila dia berperilaku demikian...tapi aku sedar itu perkara biasa dalam kehidupan...ahhhh aku pasrah....

Ahmad Reduan......itulah nama yang begitu besar maknanya dalam hidup aku tiga tahun kebelakangan ini. Kehadiran insan kerdil ini telah merubah sama sekali hidup ku bersama isteri tercinta. Dialah racun...dialah penawar dalam hidup kami. Malah dalam sedar tak sedar berat badan ku telah naik sedikit terutama bahagian perut...he he he...senang hati kata orang.


Saturday, December 19, 2009

Mati adalah pasti, hidup Insya Allah.......

Tahun 2009 merupakan tahun yang sedih bagiku. Tahun 2009 inilah aku kehilangan ibu tersayang sekitar bulan Mei yang lalu. Ibuku diserang sakit yang agak pelik bermula bulan januari dengan simtom sejuk badan besilih ganti dengan kepanasan. Berbagai usaha keluarga (adik-beradik)ku lakukan tapi akhirnya aku terima dengan redha pemergian ibu ku itu.
Bulan Disember 2009 sekali lagi aku dihurung kematian dan kali ini ayah mertuaku pula yang pergi. Tanggal 13 Disember 2009 ayah mertuaku menghembuskan nafas terakhir setelah lebih dua bulan keluar masuk hospital baik di hospital Umum maupun hospital daerah. Namun takdir Allah sudah begitu, tidak akan lewat atau awal walau sesaatpun kalau itu sudah ketentuanNya.

Sunday, October 11, 2009

Adat perkahwinan Melayu : implikasinya

Assalamualaikum.........

Tentu ramai yang bersetuju dengan saya jika saya katakan adat ini lebih banyak mendatangkan kesusahan dari keseronokan baik bagi pengantin lelaki maupun keluarga kedua belah pihak. Bagi pengantin perempuan mungkin seronok sakan akan tetapi bagi si jejaka pasti akan melalui perit getir sebelum atau selepas hari persandingan.......

Dahlah terpaksa buat loan bank untuk majlis perkahwinan, kena pulak menyusahkan kaum keluarga dengan memerah keringat untuk menyediakan segala persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut. Itu belum termasuk perbelanjaan set persandingan, juru foto, khemah, set bilik tidur dan persalinan yang kekadang sampai lima hingga sepuluh set persalinan dari berbagai costume yang ada dewasa ini.

Terpanggil saya untuk membicarakan hal ini setelah mendengar rungutan jiran saya minggu lepas. Sebagai ibu bapa kepada pengantin perempuan, mereka lebih suka memilih majlis yang sederhana memandangkan mereka(suami adalah saudara baru dan isteri pulak orang sabah) tak punya keluarga yang besar untuk mengerjakan majlis tersebut. Ini ditambah lagi dengan keadaan rumah mereka yang agak sempit dan kurang sesuai untuk majlis sebesar itu. Yang peliknya keluarga sebalah lelaki pulak beria-ia nakkan majlis itu diadakan secara besar-besaran...maklumlah anak lelaki sulung kata mereka....

Dahlah sebelum ini keluarga pihak lelaki nak semuanya ikut adat, dari merisik ke buka mulut. Kemudian bertunang yang juga secara besar-besaran dan seterusnya majlis persandingan juga lagilah nak secara besar-besaran.......biasanya majlis tu diadakan di rumah pengantin perempuan. Yang letihnya mak bapak si pengantin perempuan tu la.........entah lah... tak paham saya, orang dah bagi senang nak menyusahkan jugak...